Azwan Ismail Gay, takut dengan ugutan maut

No Comments

Azwan Ismail, 32 tahun, mengeluarkan kenyataan bahawa beliau kini risau dan takut apabila video beliau,”Saya Gay, Saya OK”, menjadi satu sensasi baru di internet.
Video tersebut yang mula tersebar di YouTube beberapa hari lepas melalui SeksualitiMerdeka, dikatakan mencecah 140,000 paparan dalam hanya 6 Hari!
Lebih dari 3,000 komen yang diterima, dan majoriti dari komen tersebut menyatakan ugutan untuk bunuh dan mencederakan beliau.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom  menyatakan prihatin beliau terhadap isu tersebut. Beliau menyatakan cubaan golongan ini menyebarkan fahaman homoseksualiti akan memburukkan imej Islam.
Turut dibangkitkan betapa isu ini tidak boleh dipandang remeh, dan menggesa supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) lebih memantau aktiviti tidak senonoh ini.
JAKIM perlu memantau segala bentuk hiburan, merujuk khas kepada Konsert Adam Lambert (Finalis American Idol) dan Filem Anu Dalam Botol.
Menurut Azwan, beliau sedang meminta kawan beliau, seorang peguam untuk menyemak sama ada wujud sebarang tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap beliau. Undang-undang namun ada menyatakan bahawa seks luar tabii boleh dikenakan hukuman penjara lebih 20 tahun. Namun tindakan undang-undang tersebut jarang dikenakan.
Azwan Ismail berkata, beliau yang turut mempunyai teman lelaki – (Boyfriend), bukan berniat untuk menghina Islam. Malah sudah 5 tahun terlibat dalam hubungan tersebut.
Mengenai Projek Video “It Gets Better Project” beberapa lagi lelaki Melayu Muslim Malaysia dikatakan akan mengeluarkan Video mengenai kenyataan mereka di Internet.
Alamak, Apa yang dah berlaku di Malaysia ni??

pixel Azwan Ismail Gay, takut dengan ugutan maut

sumber: notakosong.com

Berkatalah Dengan Benar.....
Jangan Bosan2 Ngunjungi Blog Saya ya.

back to top